Wednesday, May 14, 2008

test jah..aku tak redy lagi

SULIT

4571/1

Pengetahuan Sains Sukan

OTI 2/ MEI 2004

Objektif

1 Jam 15 minit.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

20200 KUALA TERENGGANU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


PENGETAHUAN SAINS SUKAN

TINGKATAN LIMA

Kertas 1

1 Jam 15 Minit


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU.

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga bersih tand yang tidak dikehendaki itu kemudian hitamkan pilihan anda yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

SULIT

Bagi Soalan 1 hingga 30, Tiap-tiap soalan diikuti dengan pilihan jawapan. Pilih satu yang terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan objektif anda.

1 Apakah yang dimaksudkan dengan sains sukan.

A. Satu kajian berkaitan dengan peningkatan prestasi atlet.

B. Satu kajian berkenaan aplikasi sains sukan terhadap atlet

C. Satu kajian gerak balas dan gerak laku manusia secara teori dan amali.

D. Satiu kajian pengurusan dan pemahaman tentang gerak laku manusia terhadap prestasi atlet.

  1. Pilih satu faktor psiko-fisiologi yang boleh menyebabkan berlakunya keagresifan.

A. Atlet mula bertindak agresif apabila mendengar ejekan penonton.

B. Atlet mula bertindak agresif untuk memenangi perlawanan bola sepak apabila masa perlawanan hanya tinggal lima minit.

C. Pasukan tuan rumah telah mula bertindak agresif tanpa menghiraukan undang- undang permainan setelah ketinggalan dengan jaringan yang banyak.

D. Atlet merasa terancam apabila pihak lawan mula melakukan keagresifan mengikut tafsirannya.

3 Antara berikut yang manakah menerangkan maksud anatomi ?

A. Kajian mengenai fungsi tubuh badan.

B. Kajian mengenai struktur tubuh badan.

C. Kajian mengenai tingkah laku manusia.

D. Kajian mengenai pergerakan tubuh manusia.

4. Pergerakan diarthroses adalah pergerakan bebas kerana pertemuan tulang dihubungkan oleh

A. fiber

B. kartilej

C. ligamen

D. kaviti sinovial

5. Apakah fungsi sistem endokrina ?

A. Mengangkut nutrien, hormon dan bahan buangan ke seluruh badan

B. Sebagai sistem imunisasi tubuh kerana mempunyai sel darah putih

C. Mengangkut bahan kumuh dari tisu ke sistem darah untuk diuraikan oleh hati

D. Mengawal dan menyelaras fungsi tubuh melalui hormon yang

dirembeskan kedalam aliran darah

6. Pilih kenyataan yang betul tentang anaerobik alaktik

A. Asid laktik akan terhasil dari sistem ini.

B. Ia juga dikenali sebagai sistem fosfagen.

C. Sistem ini membekalkan tenaga hasil dari pemecahan glukos

D. Memerlukan kehadiran oksigen untuk menghasilkan tenaga

7. Antara yang berikut yang manakah menerangkan pergerakan lokomotorr?

A. Pergerakan lokomotorr melibatkan otot-otot utama.

B. Pergerakan lokomotor tidak melibatkan sesaran jasad

C. Pergerakan lokomotor membolehkan sesaran jasad secara menegak

D. Pergerakan lokomotor membolehkan sesaran jasad secara mendatar.

8. Latifah telah mempertingkatkan dirinya dari aspek kerjasama, toleransi dan lebih berdisiplin. Apakah proses sosialisasi sukan yang boleh berlaku kepada Latifah setelah melibatkan diri dalam sukan?

A. Sosiolisasi ke dalam sukan

B. Sosiolisasi menerusi sukan

C. Kesan proses sosiolisasi sukan

D. Perubahan sikap menerusi sukan

9. Semasa mendarat dalam latihan lompat jauh, seorang atlet telah terseliuh

kakinya. Apakah rawatan bantu mula yang paling sesuai kepada atlet itu?

A. DRABC

B. RICE

C. TOTAPS

D. Urutan

10. “Keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran kerja harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif disamping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan”

Apakah konsep kecergasan yang hendak dinyatakan dalam kenyataan di atas.

A Kecergasan fizikal

B Kecergasan mental

C Kecergasan social

D Kecergasan emosi

11. Antara berikut, kriteria manakah yang diambil kira untuk mendapatkan ‘bye’ bagi pertandingan badminton perseorangan yang menggunakan sistem kalah mati.

A. Pemain yang mendapat banyak undi

B. Pemain yang banyak kali menyertai kejohanan lain

C. Pemain yang telah banyak kali memenangi perlawanan.

D. Pemain yang paling akhir melapor diri untuk pertandingan.

12. Setelah menjadi atlet yang mewakili negara ke peringkat antarabangsa, Rafie telah menunjukkan sikap yang lebih bertanggungjawab,rajin dan berdisiplin dalam kehidupan seharian. Perubahan nilai ini telah mendorong adiknya untuk melibatkan diri dalam sukan. Manakah jawapan di bawah yang menggambarkan situasi tersebut?

A. Sosialisasi menerusi sukan

B. Sosialisasi ke dalam sukan

C. Psikologi sukan

D. Psikologi ke atas sukan.

13. Pilih keterangan yang betul mengenai jenis pengucupan otot

  1. Pengucupan isometrik-menolak dinding dengan tapak tangan
  2. Pengucupan isotonik – menarik tali layang-layang
  3. Pengucupan isokinetik- mengangkat ’dumbell’
  4. Pengucupan isometrik- membaling bola baling.

Soalan 14 berdasarkan rajah di bawah

Perkembangan Motor




Prinsip cephalo-caudal Prinsip proksimao-distal

14. Antara berikut, pilih keterangan yang betul mengenai prinsip cephalo-caudal.

A. Perkembangan yang berlaku pada peringkat umur bawah 1 tahun.

B. Keupayaan mencapai objek yang jauh.

C. Keupayaan bergerak dan mengawal objek

D. Pertumbuhan dan perkembangan anggota remaja.

15. Antara berikut yang manakah peranan ahli psikologi sukan klinikal yang

utama ?

A Mengajar kemahiran psikologi sukan

B Merancang program latihan mental atlet

C Membantu atlet menyelesaikan masalah yang bersifat peribadi

D Melakukan kajian dan penyelidikan dalam bidang psikologi sukan

16. Keupayaan otot atau sekumpulan otot untuk melakukan aktiviti fizikal yang berulang-ulang atau berterusan bagi satu jangkamasa yang lama dengan intensity yang ringan atau sederhana.”

Apakah kompenan kecergasan bagi menerangkan kenyataan di atas.

A kekuatan otot

B daya tahan otot

C fleksibiliti

D kepantasan

17. Berapakah kadar denyutan jantung latihan seorang atlet berumur 20 tahun pada intensiti 90% ?

A 110 denyutan seminit

B 130 denyutan seminit

C 180 denyutan seminit

D 190 denyutan seminit

18. Apakah tujuan pengambilan karbohidrat sebelum dan semasa latihan ?

A Melambatkan penggunaan tenaga

B Melambatkan proses penuaan

C Melambatkan rasa kelesuan

D Melambatkan tekanan darah

19. Bagaimana lakuan motor tanpa kemahiran (involuntari) berlaku?

A. Pergerakan yang dihasilkan secara kawalan oleh pelaku.

B. Ransangan yang diterima kemudian berintegrasi dengan

persekitaran memerlukan pelaku menbuat pertimbangan.

C. Ransangan di peringkat perferi di terima dan di proses di saraf

tunjang menghasilkan impuls motor seterusnya menghasilkan pergerakan.

D. Melibatkan bahagian seperti saraf tunjang, tunjang otak dan otak tengah di peringkat rendah.

Soalan 20 berdasarkan rajah di bawah



praktis


Lengkuk pembelajaran Linear/lurus

20. Pilih pembelajaran kemahiran yang sesuai dengan Lengkuk dalam rajah di

atas yang ada kaitan dengan pembelajaran dan praktis/latihan.

A. Renang

B. Menunggang kuda

C. Menjaring

D. Tenis

21. Borhan seorang pemain tenis telah mendapati sukar dan gangguan ketika mempelajari kemahiran dalam permainan badminton. Pemindahan pembelajaran yang manakah berlaku ke atas Borhan.

A. Pemindahan positif

B. Pemindahan negative

C. Pemindahan sifar

D. Tiada pemindahan berlaku.

22. Rajah 2 di bawah menunjukkan sendi sebahagian daripada sistem rangka .

Namakan jenis sendi tersebut.

A. Text Box:  Sendi Pelana

B. Sendi Engsel

C. Sendi Lesung

D.

X Rajah 2

Sendi Gelungsur

23. Rajah 3 di bawah merupakan sebahagian tulang yang berfungsi sebagai tempat pelekatan otot-otot dan melindungi organ-organ di bawahnya. Namakan tulang P,Q dan R berdasarkan rajah di bawah.

R

Q

P

Rajah 3

A Scapula, Clavicle dan Humerus

B Scapula, Humeras dan Ribs

C. Humeras, Clavicle dan Ribs

D Clavicle, Ribs dan Scapula

24. Antara berikut yang manakah faedah mematuhi prinsip latihan dalam perancangan program latihan.

A memudahkan penyedian program latihan

B memudahkan ramalan dalam pencapaian matlamat

C garis panduan menentukan pencapaian puncak

D Menjalani latihan dengan lebih teratur

25. Terdapat atlet menggunakan ubat-ubatan untuk meningkatkan prestasi fizikal dalam sesuatu acara sukan. Apakah jenis bantuan di atas?

A. Bantuan autogenic

B. Bantuan photogenic

C. Bantuan aerodinamik

D. Bantuan engogenik

Rajah 4

Z

26. Berdasarkan rajah 4 di atas yang manakah antara berikut adalah benar mengenai Z.

A. Rawan

B. Bendalir sinovia

C. Ligamen

D. Tendon

27. Pilih kompenan kecergasan fizikal berlandaskan lakuan motor.

A. fleksibiliti

B. kekuatan otot

C. dayatahan otot

D. kepantasan

28. Antara berikut yang manakah merupakan lakuan motor involuntri?

A. Tepuk tangan

B. Mengerlip mata

C. Memejam mata

D. Menendang bola

29. Antara berikut pilih definasi yang betul mengenai Kawalan Motor

A. Bidang yang mengkaji postur serta mekanisme yang mengawalnya.

B. Kawalan pergerakan diperolehi menerusi interaksi semua jenis lakuan motor yang mampu dihasilkan sistem biologi

C. Kawalan motor merupakan kawalan aktiviti yang dibuat berdasarkan tumpuan minda.

D. Tingkahlaku yang dikawal oleh persekitaran.

30 Seorang jurulatih mengarahkan pemain-pemain melakukan aktiviti renang untuk mengelakkan kebosanan dan menukar suasana latihan harian bolasepak.

Apakah prinsip latihan yang telah diambil?

A. Prinsip Pengkhususan

B. Prinsip Kepelbagaian

C. Prinsip Kebolehbalikan

D. Prinsip Perbezaan Individu.

Bagi soalan 31 hingga 40, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada satu cadangan jawapan yang betul. Tentukan cadangan jawapan itu betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan yang betul daripada pilihan A, B, C, atau D yang berikutnya.

31. Antara berikut bahagian manakah terdapat dalam sistem saraf pusat?

I. Otak

II. Saraf Tunjang

III. Saraf somatik

IV. Saraf autonomik

A. I dan II sahaja

B. I dan III sahaja

C. II dan IV sahaja

D. II dan IV sahaja

32. Rama adalah atlet renang , manakala Malik pula merupakan peserta catur. Keduanya merupakan atlet negara. Pilih kenyataan di bawah yang membezakan perubahan struktur jantung antara kedua atlet di atas.

i. Kaviti ventrikel Rama adalah lebih besar dari kaviti ventrikel Malik.

ii. Saiz jantung Rama lebih kecil daripada saiz jantung Malik

iii. Isipadu strok Rama adalah lebih tinggi dari isipadu Malik

iv. Dinding ventrikel jantung Malik lebih besar dari dinding ventrikel jantung Rama.

A. I dan II

B. I, dan III

C. II dan IV

D. II,III dan IV

33. Antara berikut pilih kumpulan gula ringkas kumpulan gula ringkas.

i. Glukos

ii. Sukros

iii. Frukos

iv. Galaktos

A. I, ii dan iii

B. I, II dan IV

C. ii, iii dan iv

D. I, iii dan iv

34. Selepas menerima rawatan pakar perubatan, atlet yang cedera perlu jalani Rehabilitasi. Apakah kelebihan rehabilitasi?

i. Menguatkan otot ligamen dan tendon

ii. Memulihkan kecergasan kepada keadaan asal

iii. Membolehkan atlet berehat dengan lebih selesa

iv. Mengembalikan keyakinan atlet

A. I, ii dan iii

B. I, ii dan iv

C. I, iii dan iv

D. Ii, iii dan iv

35. Apakah yang akan berlaku apabila seseorang kehilangan air dalam badan ( heat exhaustion)

i. pening

ii. pucat

iii. loya

iv. denyutan nadi perlahan

A. ii dan iii

B. ii, iii dan iv

C. iii dan iv

D. I, ii dan iii

36. Antara kenyataan di bawah, yang manakah merupakan ciri-ciri otot rangka?

I Boleh memendek apabila menerima rangsangan

II Bergerakbalas secara perlahan terhadap rangsangan

III Kemampuan otot memanjang melebihi panjang asal

IV Berkeupayaan kembali semula ke panjang asal selepas memendek.

A. I, II dan III sahaja

B. I, II dan IV sahaja

C. I, III dan IV sahaja

D. II, III dan IV sahaja

37. Apakah peranan yang dimainkan oleh sistem saraf pusat?

I. Pusat intergrasi maklumat

II. Mengawal sistem saraf

III. Mengawal atur aktiviti otot kardiak

IV. Mengawal atur aktiviti kelenjar luar kawal

A. I dan II sahaja

B. I dan III sahaja

C. II dan III sahaja

D. II dan IV sahaja

38. Antara berikut pilih fungsi-fungsi sistem respiratori .

I. Membekalkan oksigen ke dalam darah

II. Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida dalam paru-paru

III. Mengekalkan keadaan persekitaran dalaman tubuh yang stabil

( homeostasis )

IV. Menyingkirkan bahan-bahan kumuh dari darah

A. I , II dan III sahaja

B. II, III dan IV sahaja

C. I, II dan IV sahaja

D. I, III dan IV sahaja

39. Antara berikut yang manakah merupakan ciri untuk membezakan individu dari segi keupayaan persepsi motor ?

I Ketepatan kawalan

II Masa reaksi

III Kelajuan respon

IV Kekuatan statik

A I, III dan IV sahaja

B I, II dan III sahaja

C I, II dan IV sahaja

D II, III dan IV sahaja

40. Antara berikut yang manakah contoh latihan aerobik ?

I Pliometrik

II Merentas desa

III Latihan rintangan

IV Fartlek

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

SELAMAT MENJAWAB